PENGENALAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAUT DAN PELABUHAN

 

OBJEKTIF

 

Untuk menentukan kekompetenan pelaut Malaysia diiktiraf di dalam dan luar Negara sesuai dengan keperluan Konvensyen STCW dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Memasikan semua pelabuhan dan jeti dibawah pengawasan Jabatan Laut sentiasa diselenggara dengan baik dan sedia digunakan pada bila-bila masa.

 

AKTIVITI

  1. Pengurusan Perakuan Kekompetenan.

 

v   Menjalankan peperiksaan Kekompetenan

v   Pengiktirafan Perakuan Kekompetenan.

v   Keanggotaan Selamat

v   Pengesahan semula perakuan kekompetenan

 

  1. Pengurusan akreditasi pusat latihan pelaut.

 

v   Memproses permohonan pusat latihan pelaut.

v   Menjalankan auditan ke atas pusat latihan pelaut.

 

  1. Pengurusan pelaut.

 

v   Kad pelaut (tempatan dan asing)

v   Buku perkhidmatan pelaut

v   Kebajikan pelaut

 

  1. Pengurusan pelabuhan dan jeti dibawah Jabatan Laut

 

v   Pengesahan Kargo Merbahaya

v   Menguatkuasa dan mengawal aktiviti ‘Ship-to-ship’.

v   Memantau aktiviti-aktiviti ‘Barter Trade’ di pelabuhan-pelabuhan Malaysia.

 

ORGANISASI

 

1.    UNIT PENILAIAN DAN STANDARD LATIHAN

 

Memastikan Institusi Latihan Pelaut dan kursus-kursus yang dikendalikan mematuhi standard antarabangsa yang telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Latihan dan Perakuan) 1999 dan Konvensyen STCW 1995 melalui auditan tahunan.

 

 Fungsi Utama :

1.    Mengeluarkan Perakuan Pengiktirafan mengikut Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Latihan dan Perakuan) 1999

2.    Mengeluarkan Sijil Keanggotaan Selamat

3.    Memproses permohonan pengamal perubatan untuk tujuan pemeriksaaan pelaut.

 

2.    UNIT PEMBANGUNAN PELAUT

Memastikan semua perkhidmatan untuk setiap pelaut dapat di urus dalam tempoh satu (1) bulan

 

Fungsi Utama :

1.    Pengurusan pelaut

v  Memproses permohonan Kad pelaut (tempatan dan asing)

v  Memproses permohonan Buku Perkhidmatan Pelaut dan mengemaskini rekod perkhidmatan pelaut.

v  Kebajikan pelaut

2.    Merancang program pembangunan kerjaya pelaut.

3.    Pengurusan Pusat Rekreasi Pelaut.

 

3.    UNIT PEPERIKSAAN DAN PERAKUAN PELAUT

Memastikan pengurusan peperiksaan lisan Perakuan Kekompetenan dilaksanakan dengan mematuhi Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Latihan dan Perakuan) 1999 dan Konvensyen STCW 95

 

Fungsi Utama :

 

1.        Menguruskan peperiksaan kekompetenan pelaut.

2.        Memproses permohonan Perakuan Kekompetenan Pelaut

3.        Mengeluarkan sijil kursus modular yang dijalankan di bawah Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Latihan dan Perakuan) 1999 dan Konvensyen STCW 95

 

4.      UNIT PENGURUSAN PELABUHAN, KARGO DAN BARTER TRADE

Merancang dan memantau program pengurusan pelabuhan termasuk perkhidmatan feri bagi pelabuhan kecil, terminal dan jeti di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia

 

Fungsi Utama :

 

1.        Mengurus pelaksanaan sistem ketibaan dan pelepasan kapal secara “online” (Sistem Online Port Clearence).

2.        Merancang dan memantau pengurusan pelabuhan kecil di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia.

3.        Menyelaras dan memantau pembangunan dan kemajuan aktiviti barter trade.

4.        Mengumpul dan menyediakan statistik-statistik yang berkaitan dengan pengangkutan feri penumpang, pengendalian kargo dan aktiviti barter trade.