BAHAGIAN KESELAMATAN PELAYARAN

 

SOALAN-SOALAN LAZIM

 

 

1.            SOALAN :      Berapakah jumlah bilangan kapal yang melalui Perairan Selat Melaka dalam jangkamasa satu tahun?

 

         JAWAPAN :  Jumlah bilangan kapal yang melalui Perairan Selat Melaka dalam jangkamasa satu tahun adalah dianggarkan kira-kira 60,000 sehingga 70,000 BUAH. (Merujuk kepada statistik jabatan)

 

2.            SOALAN :      Berapakah jumlah kemalangan kapal yang seringkali berlaku di  Perairan Selat Melaka dalam setahun?

 

JAWAPAN :  Jumlah kemalangan kapal yang sering kali berlaku di Perairan Malaysia sebanyak 1 atau 2 jenis kejadian kemalangan yang serius dalam masa satu tahun.

 

3.            SOALAN :      Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Pusat Komunikasi Maritim sekiranya berlaku sesuatu kemalangan yang serius di Perairan Selat Melaka?

 

JAWAPAN :  Uuntuk makluman, tugas MRCC (dikenali sekarang sebagai  Pusat Komunikasi Maritim) telah diambil alih oleh Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia (APMM), sekiranya MRCC mendapat sesuatu aduan, Pusat Komunikasi Maritim hanya akan menyalurkan aduan tersebut kepada pihak APMM untuk tindakan selanjutnya.

 

4.            SOALAN :      Apakah yang dimaksudkan dengan alat bantuan pelayaran?

 

JAWAPAN:   ALAT BANTUAN PELAYARAN adalah suatu peralatan atau sistem atau gabungan kedua-duanya yang memberi pedoman atau panduan kepada Pelaut bagi memastikan pelayaran mereka berada di laluan yang selamat. Alat bantuan pelayaran yang disediakan oleh Jabatan Laut ialah RUMAHAPI, TANDARAH SUAR, PELAMPUNG PANDU, SISTEM PELAYARAN SATELIT(SISPELSAT) DAN SISTEM PENGENALAN OTOMATIK(AIS).

 

5.            SOALAN :      Apakah kegunaan Rumahapi ?

 

JAWAPAN :  Tujuan Rumahapi dibina adalah untuk memberikan pedoman atau petunjuk kepada pelaut-pelaut untuk menentukan kedudukan mereka pada sesuatu masa dan ianya juga sebagai penandaan pintu laluan keluar masuk sesuatu perairan.  

 

6.            SOALAN :      Apakah yang dimaksudkan dengan kerlipan lampu yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi?

 

JAWAPAN :  Kerlipan lampu yang dipasangkan pada alat bantuan pelayaran adalah untuk membezakan diantara satu rumahapi dengan rumahapi yang lain yang mana kerlipan lampu tersebut secara tersendirinya akan memaparkan identiti sesuatu rumahapi tersebut.

 

7.            SOALAN :      Berapakan jarak maksimum cahaya lampu yang dipasang pada rumahapi dapat dilihat?

 

JAWAPAN :  Jarak maksimum cahaya lampu yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi adalah berbeza-beza kerana ianya bergantung pada ketinggian lampu, jenis lampu, keadaan cuaca dan ketinggian pemerhati. Kebanyakan Rumahapi di Malaysia mempunyai julat maksimum cahaya lampu kira-kira 23 batu nautikal.

 

8.            SOALAN :      Apakah kegunaan Tandarah Suar?

 

JAWAPAN :  Tujuan pembinaan Tandarah Suar adalah untuk menandakan alur pelayaran, batuan, beting dan lain-lain. Tandarah Suar mempunyai binaan tetap di sesuatu lokasi yang telah ditetapkan.

           

9.            SOALAN :      Apakah kegunaan pelampung pandu yang telah dipasangkan di sepanjang Perairan Malaysia?

 

JAWAPAN :  Pelampung Pandu merupakan pelampung yang terapung di permukaan air yang telah diikat dengan rantai (kili-kili) dan pemberat yang diletakkan ke dasar laut. Tujuan dipasangkan pelampung pandu ini adalah untuk menandakan had lebar alur pelayaran, penandaan kapal karam, labuhan dalam, kawasan bahaya dan lain-lain di sepanjang Perairan Malaysia yang bertujuan memberikan panduan kepada pengguna-pengguna perairan.

 

10.       SOALAN :      Sekiranya berlaku kerosakan atau kecurian pada peralatan alat bantuan pelayaran yang dipasangkan sepanjang Perairan Malaysia,, kepada siapakah aduan kerosakan perlu dilaporkan?

 

JAWAPAN :  Sebarang aduan kerosakan boleh dilaporkan kepada pegawai di Ibu Pejabat dan Pusat Komunikasi Maritim, pegawai bertugas di wilayah masing-masing di talian berikut untuk tindakan selanjutnya.

                                    PUSAT KOMUNIKASI MARITIM                                 03-3167 0530

                                    IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLANG

 

                                    KETUA PENOLONG PENGARAH                             03-3169 5215

                                    UNIT BANTUAN PELAYARAN

                                    IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLANG

 

                                    JABATAN LAUT WILAYAH UTARA                          04-6579 636

                                    GELUGOR, PULAU PINANG                                                04-6578 494

 

                                    JABATAN LAUT WILAYAH TENGAH                                   03-3169 5198

                                    PELABUHAN KLANG, SELANGOR

 

                                    JABATAN LAUT WILAYAH SELATAN                                  607-507 2313

                                    PELABUHAN TANJUNG PELEPAS, JOHOR

 

                                    JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR                            609-6221471

                                    KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

                                   

11.    SOALAN :      Dimanakah saya boleh mendapatkan Carta Pelayaran (Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) bagi Perairan Malaysia?

 

         JAWAPAN :  Carta Pelayaran ( Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) ini boleh didapati dengan menghubungi Pusat Hidrografi Nasional, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. No. 03-3169 4400.

 

                                 Jadual Pasang Surut juga boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur. No. 03-2617 0800.

 

                                 Bagi Negeri Sarawak, Sila hubungi Hydrographic Office Sarawak MarineDepartment, Lot 683, Sectio 66, Jalan Utama, Tanah Puteh 93619 Kuching, Sarawak, No. Tel 082-484159.