PENGENALAN BAHAGIAN KESELAMATAN PELAYARAN

 

OBJEKTIF

 

Menentukan satu sistem pelayaran yang efisyen , berkesan dan selamat di dalam perairan Malaysia.

Penyelarasan dan pelaksanaan tindakan melawan tumpahan minyak daripada kapal bagi mengelakkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar.

 

AKTIVITI

 

  1. Bantuan Pelayaran

 

v   Perancangan , penentuan dan penyelenggaraan alat bantuan pelayaran.

 

  1. Khidmat Trafik Maritim

 

v   Pengendalian sistem laporan kapal

v   Penghebahan maklumat keselamatan pelayaran

 

  1. Pengurusan wrek dan kapal karam

 

  1. Hidrografi

 

v   Perancangan dan pelaksanaan ukur hidrografi

v   Perancangan kerja-kerja pengorekan pelabuhan

 

  1. Kontigensi Maritim

 

ORGANISASI

 

  1. UNIT BANTUAN PELAYARAN

 

Memastikan alat-alat bantuan pelayaran mempunyai tahap ketersedian seperti berikut:

 

1.          Rumah Api                   - Ketersediaan 99% setahun

2.          Tandarah Suar              - Ketersediaan 98% setahun

3.          Pelampung Pandu - Ketersediaan 97% setahun

 

Fungsi Utama :

 

1.          Penyelenggaraan alat bantuan pelayaran.

2.          Pengeluaran notis pelayaran.

3.          Pembaikan alat bantuan pelayaran.

4.          Penempatan baru alat bantuan pelayaran.

 

  1. UNIT PERKHIDMATAN TRAFIK MARITIM

                       

Untuk menentukan satu sistem perkhidmatan trafik maritim yang teratur, cekap, berekonomik dalam memastikan keselamatan pelayaran serta mengurangkan kemalangan laut dan mewujudkan sistem koordinasi mencari dan menyelamat yang berkesan di perairan Malaysia.

 

Fungsi Utama :

 

1.          SAR Maritim.

2.          Maklumat dan amaran pelayaran.

3.          Kawalan dan pengawasan laluan trafik laut.

4.          Panduan dan nasihat pelayaran.

 

  1. UNIT KESELAMATAN MARITIM

 

Menentukan satu sistem keselamatan maritim yang cekap dan efektif bagi mewujudkan rangkaian pelayaran yang selamat di muara-muara sungai.

 

Fungsi Utama :

 

1.          Perancangan dan perlaksanaan ukur hidrografi.

2.          Pengurusan aktiviti pengerukan Jabatan.

 

  1. UNIT PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR MARIN

 

Menentukan satu sistem kontigensi maritim yang cekap dan efektif bagi menentukan keselamatan maritim di perairan Malaysia supaya bebas daripada pencemaran dan halangan pelayaran.

 

Fungsi Utama :

 

1.          Mengurus Latihan Tumpahan Minyak Peringkat Negeri/ Wilayah/ Kebangsaan/ Antarabangsa.

2.          Mengurus Bot-Bot Catamaran di semua Wilayah.

3.          Mengurus aset oil Spill Response Equipment (OSRE) di semua Wilayah.

4.          Menyelia Tumpahan Minyak Berskala Besar.

5.          Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Tumpahan Minyak Kebangsaan.

6.          Menyelaras Mesyuarat Pengurusan dan Teknikal Revolving Fund Committee(RFC).

7.          Menyelaras Mesyuarat Antarabangsa Sub-Committee on Bulk Liquids and Gases (BLG-IMO),Marine Environment Protection Committee(MEPC-IMO) and Malaysia-Singapore Joint Committee on Environment (MSJCE) Meeting.

8.          Mengurus Seminar dan Workshop Perlindungan Alam Sekitar Marin Peringkat Kebangsan, Wilayah dan Antarabangsa.

9.          Menyelaras Mesyuarat Majlis Maritim Kebangsaan.

10.          Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Taman Laut Malaysia.

11.          Mengurus Aktiviti Insurans Kapal Tangki (CLC 92).

12.          Mengurus Aktiviti Fund 1992.

13.          Mengurus Aktiviti Insurans Bunkers Kapal (BCC 2001).

14.          Juruaudit Peralatan Melawan Tumpahan Minyak.

15.          Ahli Jawatankuasa Teknikal Penilaian Kesan Alam Sekitar (E.I.A) Komponen Marin.

16.          Ahli Jawatankuasa Teknikal Kelulusan Aktiviti Zon Eksklusif Ekonomi (ZEE).