| SISTEM LALUAN KAPAL |

Pihak
International Maritime Organisation (IMO)
telah diiktiraf sebagai satu-satunya badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam
hal menentukan Sistem Laluan Kapal yang selamat di peringkat dunia.
Sistem
Laluan Kapal ini dibangunkan bagi tujuan keselamatan navigasi terutamanya di
kawasan tumpuan laluan kapal dan di mana kepadatan trafik maritim adalah tinggi
atau kawasan yang menghadkan pergerakan kapal, adanya halangan-halangan
navigasi, kawasan cetek dan keadaan cuaca yang tidak selamat untuk pelayaran.
Skim Pemisahan Trafik
Laluan
trafik maritim atau dua lorong bertentangan di lautan yang dibangunkan di
kawasan perairan yang banyak kapal belayar dari berlawanan arah.
Garis Dan Zon Pemisahan
Zon
atau garis yang membahagikan laluan trafik maritim dimana kapal-kapal belayar
dari arah bertentangan atau arah yang sama.
Lorong Trafik
Kawasan
dimana kapal belayar dalam satu hala atau arah yang sama.
Zon Trafik Pantai
Kawasan
laluan yang diukur dari sempadan Skim
Pemisahan Trafik dan pantai yang paling hampir, yang digunapakai dalam
peruntukan Peraturan 10(d),dipinda, COLREG, 1972.
Laluan Laut Dalam
Kawasan
dimana had laluannya telah diukur bagi had selamat /kelegaan dasar laut dan
halangan di dasar sepertimana yang dinyatakan di dalam carta.
Kawasan Yang Perlu BerhatiHati
Kawasan
laluan kapal dimana setiap kapal dinasihatkan supaya berhati-hati dalam
pelayaran dan arah pergerakan kapal juga ada dinyatakan.