Untuk menentukan kapal-kapal Malaysia mematuhi tahap keselamatan sebagaimana
yang ditetapkan oleh Peraturan Nasional dan konvensyen antarabangsa.
AKTIVITI
1. Pengurusan Pendaftaran Kapal
v Pendaftaran Kapal Malaysia
v Pendaftaran Kapal Antarabangsa
Malaysia
v Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi
v Pendaftaran Kapal Boleh Tamat
v Pelesenan
Bot
2. Pengurusan Standard dan Akreditasi
Kapal
v Pemeriksaan Kawalan Bendera Pelabuhan
v Menjalankan pengesahan dan pemeriksaan kapal/bot
v Persijilan statutori Kapal-Kapal
v Menjalankan auditan
ke atas Badan
Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf dan Stesyen
Menyelenggara Rakit Keselamatan
v Menetapkan standard piawaian teknikal
bagi kapal/bot
v Khidmat
teknikal kepada sektor kerajaan
3. Pengurusan Sekuriti Kawasan dan Kemudahan Pelabuhan
v Menjalankan verifikasi sekuriti
Kawasan dan Kemudahan Pelabuhan di bawah ISPS Code
v Pemeriksaan Kawalan Bendera
Negara
v Menguatkuasa dan mengawal aspek perundangan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
4. Pengurusan Keselamatan Kapal
v Menjalankan auditan ke atas syarikat pengurusan
perkapalan dan kapal di bawah
ISM Code
v Menjalankan auditan ke atas pengurusan kapal-kapal agensi Jabatan Laut
v Menjalankan penyiasatan kemalangan
maritim
ORGANISASI
1. UNIT
PENDAFTARAN KAPAL
Memastikan pengurusan pendaftaran
kapal-kapal dapat dikendalikan secara cekap dan efisyen
mematuhi peraturan di bawah Ordinan
Perkapalan Saudagar 1952 serta Akta-Akta yang berkuatkuasa di samping menurut segala ketetapan oleh Pendaftar Besar Kapal-Kapal Malaysia
Fungsi
Utama :
1.
Menyelaras dan memantau
aktiviti-aktiviti pendaftaran kapal di peringkat
Ibu Pejabat laut dan Jabatan
Laut Wilayah :
v Pendaftaran Kapal Malaysia
v Pendaftaran Kapal Antarabangsa
Malaysia
v Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi
v Pendaftaran Kapal Boleh Tamat
2.
Mengawal selia urusan pelesenen bot-bot
3.
Menjalankan pemeriksaan terhadap pengesahan pendaftaran kapal di Malaysia
4.
Mengeluarkan Rekod Sinopsis Berterusan / Continuous
Synopsis Record
5.
Mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal
6.
Menyediakan perangkaan-perangkaan
yang berkaitan dengan pendaftaran kapal untuk kegunaan industri maritim di Malaysia
2. UNIT
AKREDITASI KAPAL
Memastikan tahap
layak belayar kapal mematuhi standard keselamatan dan penjagaan persekitaran yang ditetapkan
di bawah Peraturan Nasional, Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa
dan garispanduan yang ditetapkan.
Fungsi
Utama :
1.
Menjalankan pemeriksaan Kawalan Bendera Negara dan Pelabuhan Negara
2.
Menjalankan pengesahan dan pemeriksaan kapal/bot yang berdaftar di Malaysia
3.
Memproses persijilan statutori yang berkaitan bagi kapal-kapal yang berdaftar di Malaysia
4.
Menjalankan auditan tahunan ke atas
Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf serta Stesyen Menyelenggara
Rakit Keselamatan
5.
Mengeluarkan arahan berkenaan standard teknikal kepada kapal-kapal berdaftar di Malaysia berpandukan kepada peraturan-peraturan nasional dan antarabangsa yang berkuatkuasa.
3. UNIT ISPS
CODE
Memastikan piawaian terhadap Kawasan dan Kemudahan Pelabuhan
yang beroperasi di Malaysia
mematuhi ketetapan di bawah Bab
XI – 2 (ISPS Code), Konvensyen SOLAS 1974 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 melalui verifikasi tidak berjadual setiap tahun.
Disamping itu, menguatkuasa dan mengawal dalam
pelaksanaan perundangan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta pemeriksaan Kawalan Bendera Negara.
Fungsi Utama :-
1.
Menjalankan verifikasi tidak berjadual untuk Kawasan dan
Kemudahan Pelabuhan di bawah ISPS Code
2.
Melaksanakan pemeriksaan Kawalan Bendera Negara ke atas kapal-kapal
Malaysia
3.
Kepatuhan terhadap perundangan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
4. UNIT
PENGURUSAN KESELAMATAN KAPAL
Memastikan kepatuhan kapal-kapal dan syarikat pengurusan perkapalan di bawah
Bab IX (ISM
Code), Konvensyen SOLAS 1974 dipatuhi
melalui auditan tahunan.
Dalam pada masa yang sama,
menguruskan pelaksanaan penyiasatan kemalangan maritim berpandukan kepada peruntukan di bawah Ordinan
Perkapalan Malaysia 1952 dan
Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa.
Fungsi Utama :
1.
Menjalankan auditan ke atas syarikat
pengurusan perkapalan dan kapal di
bawah ISM Code
2.
Menjalankan penyiasatan kemalangan maritim
3.
Menjalankan auditan ke atas pengurusan
kapal-kapal agensi Jabatan Laut