| KEPERLUAN TANDA UKIRAN DAN NAMA KAPAL |
1.
Nama Kapal perlu diukir secara kekal dan
jelas kelihatan pada haluan kapal. Tandaan adalah secara potongan kepingan plet
besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul.
2.
Nama kapal dan Pelabuhan Daftar ditanda
secara kekal dan jelas pada buritan kapal. Tandaan adalah secara potongan
kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul.
3.
Nombor Rasmi dan Tanan Bersih ditanda
secara kekal dan jelas.
(i)
Pada permukaan rasuk utama / pada laluan
masuk ke bilik pam / bahagian belakang dinding sekat bilik enjin;
(ii)
Tandaan adalah secara potongan kepingan
plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul;
(iii)
Tiadaan tandaan selain daripada yang
dinyatakan seperti berikut :
O.N
: XXXXXX
NET : XX
4.
Semua tandaan Nama Kapal dan Pelabuhan
Daftar perlu dicetak dengan nama kapal yang telah diluluskan dan Pelabuhan
Daftar pada peralatan keselamatan seperti rakit, jaket, boya dan bot keselamatan,
pelan keselamatan, dll.
5.
Semua tanda ukiran perlu menggunakan huruf
besar Roman / abjad Arabic dengan saiz ketinggian tidak kurang dari 100mm.
6.
Jumlah bilik anak kapal yang disahkan untuk
tujuan penginapan. Setiap bilik (minimum) perlu dilengkapi dengan katil, almari
pakaian, penyangkut baju, meja dan kerusi untuk menulis. Rujukan boleh dibuat
kepada Pelan Susunatur Kapal / Pelan Kebakaran yang telah diluluskan oleh
Jabatan Laut / Badan Kelasifikasi Kapal.
7.
Jenis enjin, jumlah enjin / jentera dorongan
serta nombor siri yang akan disahkan oleh Pemeriksa Kapal sepertimana yang
diistiharkan oleh pemilik kapal di dalam Borang Pemeriksaan 318.