| GARIS PANDUAN REKOD SINOPSIS BERTERUSAN |
MAKLUMAT UMUM
Perkara ini adalah lanjutan kepada pindaan terhadap keperluan peraturan antarabangsa SOLAS untuk meningkatkan sekuriti maritime. Rekod Sinopsis
Berterusan akan
dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia di bawah kuasa
Kerajaan Malaysia. RSB perlu disimpan di atas kapal
dan boleh dirujuk pada setiap
masa.
PERATURAN
Peraturan XI-1/5, SOLAS 1974, dengan pindaan telah memperincikan bahawa setiap kapal
yang mematuhi keperluan
SOLAS perlu menyimpan Rekod Sinopsis Berterusan di
atas kapal bermula pada 1 Julai2004. RSB adalah merupakan keperluan kepada semua kapal yang berdaftar di Malaysia dengan pengecualian seperti berikut :
1.
Kapal
yang tidak beroperasi di laluan pelayaran
antarabangsa
2.
Kapal kargo kurang daripada
500 GT
3.
Kapal
yang tidak digerakkan oleh dorongan mekanikal
4.
Kapal layar / pesiaran yang tidak terlibat dalam perniagaan
Rujukan
Unit Pendaftaran
Kapal
Bahagian Kawalan Industri
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
Peti Surat 12, Jalan Limbungan
42007 Pelabuhan
Kelang
Selangor, MALAYSIA
Tel : 603 – 3346 7741
Fax : 603 – 3168 4454
Jadual Yuran
Yuran untuk pengeluaran Rekod Sinopsis Berterusan adalah RM 345.00. Yuran yang dikenakan
ini adalah menurut Peraturan The Merchant Shipping (Surveyors of Ships and
Radio Surveyors)(Fees) yang berkuatkuasa.
Rujukan
Rujukan boleh dibuat kepada IMO Res.
A959 (23), Resolusi MSC. 198(80), Notis Perkapalan Malaysia (NPM)
02/2008 dan Notis Maklumat dan Panduan
Marin – NMPM
01/2008
Senarai Borang RSB
1.
Initial
CSR Form Form 1
2.
CSR
Amendment Form Form 2
3.
List
of Amendments (updated by Master) Form 3
PERMOHONAN
Permohonan untuk RSB perlu dikemukakan kepada Pendaftar Besar Kapal-Kapal Malaysia di Unit Pendaftaran Kapal, Ibu Pejabat
Laut, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.
1.
Permohonan
RSB Kali Pertama
Sila sertakan salinan dokumen yang berikut :
v Certificate of Classification
v Document of Compliance
v Safety Management Certificate
v International Ship Security
Certificate
2. Permohonan untuk Pindaan RSB
Sila sertakan salinan dokumen yang berikut :
v Borang 2 (Borang Pindaan RSB)
v Borang berpandukan
kepada maklumat RSB yang perlu dipinda
v Pindaan Dokumen RSB
v Maklumat No. 7 - Document of Compliance /
Safety Management Certificate
v Maklumat No. 9 - Document of Compliance
v Maklumat No. 10 - Document of Compliance /
Safety Management Certificate
v Maklumat No. 11 - Certificate of
Classification
v Maklumat No. 12 - Document of Compliance
v Maklumat No. 13 - Safety Management
Certificate
v Maklumat No. 14 - International Ship Security
Certificate
Untuk pindaan maklumat RSB perkara 4, 5 (Pelabuhan Daftar di Malaysia) dan 6, maklumat pendaftaran kapal perlu disemak di
pejabat Pelabuhan Daftar yang
berkenaan
berpandukan kepada prosedur yang ditetapkan.
3. Permohonan RSB – Perpindahan masuk ke Bendera Malaysia
Sila sertakan salinan dokumen yang berikut :
v Borang
2 (Borang Pindaan RSB)
v RSB terakhir oleh pendaftaran terdahulu Flag State
v JIka
maklumat RSB yang lain (kecuali
maklumat utk No. 4, 5 dan 6) yang perlu dipinda, adalah sepertimana perenggan 2(a)
4. Permohonan RSB – Penamatan Pendaftaran Kapal
v Kapal
perlu mempunyai Sijil Penamatan Pendaftaran Kapal yang dikeluarkan oleh Pendaftar Kapal - Kapal
Jabatan
Laut akan
menyemak maklumat yang dikemukakan, walau bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab pemilik kapal untuk
memastikan bahawa semua maklumat yang dinyatakan di dalam
borang permohonan adalah tepat. Sebarang
maklumat yang tidak tepat akan
menyebabkan kelewatan dalam proses permohonan
atau RSB yang dikeluarkan tidak tepat.