| PROSEDUR LESEN BOT |
Permohonan Pelesenan
1.
Permohonan untuk melesenkan bot perlu
dibuat menggunakan borang yang ditetapkan iaitu Borang Permohonan Pelesenan Bot
dan dibuat oleh orang perseorangan seperti berikut :-
(i)
Bagi pemilikan perseorangan atau pemilikan
bersama (tidak lebih dari enam (6) individu), oleh individu atau sekumpulan
individu yang memohon untuk didaftarkan sebagai pemilik, atau mereka yang dberi
kuasa secara bertulis; dan
(ii)
Bagi pemilik Badan Korporat, oleh agennya,
dan pemberian kuasa tersebut perlu dilakukan dengan cara bertulis di bawah
Meterai Awam Badan tersebut.
2.
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan
untuk tujuan pelesenan :-
(i)
Sijil :-
a.
Maklumat Nombor Lesen dan Pelabuhan
Pelesenan bagi pelesenan sebelumnya, tanan bot (atau salinan lesen bot
sebelumnya) dan Sijil Jual Beli (jika
pertukaran pemilikan) yang disahkan, jika bot tersebut pernah dilesenkan di
mana-mana pelabuhan pelesenan di Malaysia; atau
b.
Sijil atau Dokumen Pembina yang menyatakan
dengan jelas nama Individu, atau Badan Korporat sebagai pembeli, jika bot
tersebut baru dibina; atau
c.
Sijil Pembatalan dari Pelabuhan Pendaftaran
yang lepas, jika bot tersebut pernah didaftarkan.
(ii)
Dokumen Pengenalan :-
a.
Bagi pemilik atau pemilik-pemilik individu
:-
1.
Asal dan salinan kad pengenalan setiap
pemilik yang ingin mendaftarkan sebagai pemilik.
b.
Bagi Badan Korporat :-
1.
Asal dan salinan yang akui sah Artikel dan
Memorandum Persyarikatan;
2.
Asal dan salinan Sijil Pendaftaran
Syarikat;
3.
Asal dan salinan Sijil Perbadanan;
4.
Surat Serah Kuasa memberi kuasa kepada
individu untuk membuat permohonan bagi pihak Badan Korporat.
(iii)
Deklarasi Hak Milik
3. Senarai Semak :-
Pembaharuan lesen Bot
1.
Permohonan untuk pembaharuan lesen bot dibuat
dengan menggunakan Borang Permohonan Pembaharuan Lesen Bot untuk tujuan-tujuan
berikut :-
(i)
Lesen bot telah tamat tempoh yang mana
permohonan perlu dibuat tujuh (7) hari sebelum tarikh tamat;
(ii)
Pertukaran butiran bot :-
a.
Pertukaran butiran dan huraian bot;
b.
Pertukaran pemilik utama;
c.
Pertukaran butiran peralatan keselamatan;
d.
Pertukaran Had Pelayaran;
e.
Pertukaran Nakhoda (dalam tempoh 24 jam);
2.
Mana-mana bot yang memerlukan lesen bot
diperbaharui perlu diperiksa oleh Pegawai Pelabuhan atau Pemeriksa Kapal Jabatan
Laut.
3.
Setelah pemeriksaan dijalankan dan Pegawai
Pelabuhan menerima Deklarasi Pemeriksaan Keselamatan, lesen yang baru akan
dikeluarkan.
4.
Tempoh sah sesuatu lesen bot tidak melebihi
12 bulan dari tarikh pemeriksaan bot.
5.
Proses pelesenan akan mengambil masa dalam
tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada pemeriksaan dijalankan dan
memuaskan.
6.
Senarai
Semak :-
Pemeriksaan Bot Berlesen
1.
Permohonan untuk pemeriksaan
bot dibuat dengan menggunakan Borang Pemeriksaan
Bot / Peralatan Keselamatan yang disediakan :-
(i)
Mana-mana bot yang akan dilesenkan adalah
tertakluk kepada pemeriksaan awalan oleh Pegawai Pelabuhan yang mana perlu
memenuhi keperluan pembinaan, peralatan keselamatan dan pengukuran garis beban
bot.
(ii)
Tarikh dan masa pemeriksaan akan ditentukan
oleh Pegawai Pelabuhan.
(iii)
Setelah pemeriksaan dan kelulusan
diberikan, Pegawai Pelabuhan akan mengeluarkan nombor pelesenan bot.
(iv)
Pemeriksaan susulan akan dibuat untuk
memastikan tandaan & ukiran nombor pelesenan bot dipatuhi setelah menerima
permohonan
2.
Setelah semua perkara di atas memuaskan,
lesen bot akan dikeluarkan. Tempoh sah sesuatu pelesenan bot tidak melebihi 12
bulan dari tarikh pemeriksaan bot selepas tarikh pengeluaran pelesenan.
3.
Proses pelesenan akan mengambil masa dalam
tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada pemeriksaan dijalankan dan
memuaskan.