| PROSEDUR PENDAFTARAN KAPAL |
Permohonan Nama Kapal
1.
Permohonan Nama Kapal perlu dikemukakan
secara bertulis kepada Pendaftar Kapal menggunakan Borang Permohonan Nama
Kapal.
2.
Nama yang dicadangkan untuk kapal Malaysia
perlu diluluskan oleh Pendaftar Besar Kapal-Kapal. Pemilik kapal perlu
kemukakan permohonan nama kapal sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal sebelum
kapal tersebut boleh didaftarkan.
3.
Tiga (3) nama boleh dikemukakan untuk
kelulusan. Nama kapal yang diluluskan adalah sah untuk tempoh enam (6) bulan.
4.
Bagi tujuan garis panduan, nama kapal yang
berikut tidak boleh digunakan :-
(i)
Nama nama Kesultanan, Pembesar Negeri, Ahli
Politik dan Kurniaan Kebesaran seperti “Muzaffar Shah”, “Tengku Muzaffar”, “Tan
Sri”, “Datuk Razali” dan sebagainya;
(ii)
Nama nama bersifar perkauman atau dengan
tujuan untuk menghina atau lucah;
(iii)
Nama yang mempunyai tujuan untuk menipu
atau mengelirukan;
(iv)
Nama yang sepenuhnya dari huruf singkatan,
seperti “Y.T.M”, “K.K 17”, “S 12” dan sebagainya;
(v)
Nombor mendahului nama seperti “113
Trading”, “IV Setia”, “No. 3 Bersatu” dan sebagainya;
(vi)
Nama sepenuhnya dari nombor seperti “123”,
“IV” dan sebagainya;
5.
Walau bagaiamanapun, huruf singkatan yang
diluluskan sebagai Prefix dan diikuti dengan nama atau nombor dibenarkan.
Sebagai contohnya “YTM Lady”, “YTM 01” dan sebagainya.
6.
Tertakluk kepada kelulusan, Pendaftar Kapal
akan mengeluarkan Sijil Kebenaran Guna Nama Kapal dalam tempoh dua (2) hari
bekerja.
7.
Borang yang diperlukan dalam fasa ini :
|
(i) |
Senarai Semak Permohonan
Nama Kapal |
Registry 100 |
|
(ii) |
Permohonan Nama Kapal |
M270/BKI/04 – Pin 1/99 |
|
(iii) |
Permohonan Tempahan Prefix/Suffix
Bagi Nama Kapal |
M270/BKI/05 – Pin 1/99 |
|
(iv) |
Lantikan /
Pembatalan Pegawai Yang Dibenar |
DK/BKI/02 – Pin 1/99 |
Pendaftaran KAPAL sementara
1.
Secara umumnya, kapal didaftarkan secara
sementara oleh Pendaftar Kapal untuk tempoh minimum enam (6) bulan tetapi tidak
melebihi tempoh maksimum duabelas (12) bulan.
2.
Berikut adalah dokumen yang perlu
dikemukakan untuk tujuan pendaftaran kapal sementara :-
(i)
Pengistiharan statutori pemilikan kapal :-
a.
Bagi pemilik individu atau pemilik-pemilik
individu, salinan kad pengenalan dikemukakan;
b.
Bagi Badan Korporat :
1. Asal
dan salinan yang diakui sah Artikel dan Memorandum Persyarikat;
2. Asal
dan salinan yang diakui sah Sijil Pendaftaran Syarikat;
3. Asal
dan salinan yang diakui sah Sijil Perbadanan;
4. Deklarasi
Hak Milik;
5. Surat
Kuasa yang melantik pegawai untuk membuat pengistiharan bagi pihak pemilik
kapal
(ii) Salinan
asal Sijil Pemeriksaan Kapal Sementara;
(iii) Salinan
asal Sijil Jual Beli yang sah;
(iv) Maklumat
Kapal :-
a.
Nama dan butiran kapal;
b.
Salinan asal Sijil Pembinaan Kapal. Jika
maklumat tidak diketahui, pengistiharan oleh pemohon yang menyatakan maklumat
tersebut tidak diketahui;
c.
Maklumat nama nakhoda dan kerakyatan
(v) Persijilan
dari Jabatan Kastam yang menyatakan duti impot telah dibayar (jika berkenaan)
3.
Setelah menerima kesemua dokumen di atas,
Pendaftar Kapal akan memperuntukkan Nombor Rasmi dan Isyarat Panggilan
Antarabangsa untuk kapal tersebut. Proses pendaftaran akan mengambil masa dalam
tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan.
4.
Borang yang diperlukan dalam fasa ini :
|
(i) |
Senarai Semak Sijil
Pendaftaran Kapal Sementara / Tetap |
Registry 110 |
|
(ii) |
Permohonan Untuk Mendaftar
Kapal |
M265/BKI/06 – Pin 1/05 |
|
(iii) |
Permohonan Isyarat
Panggilan Antarabangsa |
M253/BKI/07 – Pin 1/99 |
|
(iv) |
Deklarasi Hak Milik dan
Kerakyatan |
M240/BKI/01 – Pin 1/99 |
|
(v) |
Lantikan / Pembatalan / Pertukaran Pengurus Kapal |
DK/BKI/03 – Pin 1/99 |
Pendaftaran Kekal
1.
Tertakluk kepada dokumen perlu dikemukakan
di dalam proses Pendaftaran Kapal Sementara, berikut adalah dokumen yang perlu
dikemukakan untuk tujuan pendaftaran kapal kekal :-
(i)
Salinan asal Sijil Pemeriksaan Tetap yang
dikeluarkan oleh Pemeriksa Kapal Malaysia;
(ii)
Salinan asal Sijil Pembatalan Kapal dari
Pelabuhan Pendaftaran yang terdahulu;
(iii)
Salinan sah Borang Tanda Ukiran dan Nama
Kapal.
2.
Pendaftaran kekal akan diproses dalam
tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan.
Sijil Pemeriksaan
1.
Sijil Pemeriksaan adalah sijil yang
dikeluarkan untuk Pemeriksa Kapal yang mengandungi perakuan keterangan kapal
yang akan didaftarkan. Sijil ini juga bertindak sebagai sijil selamat belayar
untuk kapal dari Pemeriksa Kapal kepada Pendaftar Kapal.
2.
Sijil Pemeriksaan dikeluarkan mengikut :
(i)
Pendaftaran kali pertama untuk tujuan
Pendaftaran Sementara dan Pendaftaran Tetap;
(ii)
Setelah pengubahsuaian dilakukan kepada
kapal ini yang mengubah bentuk, tanan atau sebarang maklumat kapal yang terdapat
di dalam Sijil Pendaftaran Kapal.
3.
Permohonan Sijil Pemeriksaan Sementara
boleh dibuat kepada Pemeriksa Kapal Jabatan Laut dengan mengemukakan dokumen
berikut :-
(i)
Surat Permohonan;
(ii)
Salinan Sijil Kebenaran Guna Nama Kapal;
(iii)
Borang Pemeriksaan 118 – Pengistiharan
Maklumat Jentera / Enjin;
(iv)
Satu (1) salinan Pelan Kapal :-
a. Pelan
Susunatur Am Kapal;
b. Pelan
Tengah Kapal / Kapasiti Tangki (jika kapal tangki).
(v)
Jika kapal pernah berdaftar sebelum ini :-
a.
Salinan sijil pendaftaran kapal terdahulu;
b.
Salinan sijil International Tonnage Certificate 1969
c.
Salinan sijil International Oil Pollution Prevention Certificate (IOPP)(jika
kapal tangki).
(vi)
Jika kapal sedang dalam pembinaan :-
a.
Sijil Pembina Kapal;
b. Salinan
sijil sementara International Tonnage
Certificate 1969 / Tonnage Attestation;
(vii)
Jika umur kapal melebihi 20 tahun :-
a.
Laporan kapal menaiki galangan
b.
Laporan Ultrasonic
Thickness Gauging (UTG)
c.
Laporan Hull
& Machinery yang terbaru dari Badan Kelasifikasi Kapal terdahulu.
4.
Manakala, untuk permohonan Sijil Pemeriksaan
Tetap, pemilik kapal perlu mengemukakan dokumen berikut :-
(i)
Surat permohonan;
(ii)
Salinan International
Tonnage Certificate 1969 Kekal yang dikeluarkan oleh Badan Kelasifikasi
Kapal;
(iii)
Salinan Sijil Pembina Kapal (jika kapal
baru);
5.
Setelah semua dokumen diterima oleh
Pemeriksa Kapal, beliau akan menyemak semua dokumen dan menjalankan pemeriksaan
Tanda Ukiran & Nama Kapal untuk memastikan semua maklumat adalah benar,
kapal dalam keadaan selamat belayar dan semua keperluan Tanda Ukiran & Nama
Kapal telah dipatuhi.
6.
Sijil-sijil akan diproses dalam tempoh dua (2)
hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan dan memenuhi
keperluan pemeriksaan.
7.
Borang / Senarai semak yang diperlukan
dalam fasa ini :
|
(i) |
Senarai Semak Sijil
Pemeriksaan Sementara / Tetap |
Registry 115 |
|
(ii) |
Deklarasi Sistem Dorongan
Utama / Jentera Utama Kapal |
Survey 118 |