MAKLUMAT UMUM  Menu


Peraturan

 

Peraturan yang termaktub untuk pendaftaran kapal di Malaysia adalah Bahagian IIA, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak pada 1 Jun 1991.

 

 

Pelabuhan Pendaftaran

 

Pelabuhan Pendaftaran di Malaysia adalah :

 

  1. Penang
  2. Port Kelang
  3. Kota Kinabalu
  4. Kuching

 

 

Pengecualian dari Pendaftaran

 

Kapal yang dikecualikan dari pendaftaran adalah seperti berikut :

 

  1. Mana-mana kapal yang tidak melebihi 15 tanan bersih yang digunakan untuk navigasi di sungai dan pesisiran laut Malaysia
  2. Mana-mana kapal yang berlesen menurut seksyen 475, OPS 1952
  3. Mana-mana kapal ikan yang beroperasi dalam Malaysia (tempatan) yang tidak melebihi 500 tanan kasar di mana kapal ini dilesenkan di bawah mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan perikanan.

 

 

Kelayakan Pemilik Kapal

 

Kapal dimiliki oleh warganegara Malaysia atau sekiranya badan korporat perlu memenuhi syarat berikut :

  1. Ditubuhkan di Malaysia
  2. Ibu pejabat syarikat di Malaysia
  3. Syarikat pengurusan di Malaysia
  4. Majoriti pengarah dan rakan kongsi (termasuk perkongsian yang diundi) syarikat dipegang oleh warganegara Malaysia yang bebas dari sebarang amanah atau kewajipan. Majoriti dalam perihal ini adalah 51% tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Menteri. 

 

 

Keperluan Pemeriksaan dan Umur Kapal

 

Tiada sekatan yang dikenakan untuk umur kapal yang boleh didaftarkan. Walau bagaimanapun, kapal yang berusia 20 tahun dan lebih perlu mendapat kelulusan dari Pendaftar Besar Kapal-Kapal Malaysia tertakluk kepada laporan seperti di bawah disemak :-

 

1.    Kapal menaiki galangan yang akan diperiksa oleh Pemeriksa Kapal;

2.    Laporan kapal menaiki galangan yang terdahulu dikemukakan;

3.    Ultrasonic Thickness Gauging (UTG) dikemukakan;

4.    Laporan Hull & Machinery dari Badan Kelasifikasi Kapal yang terdahulu;

 

Pemeriksaan kapal akan dikendalikan oleh Pemeriksa Kapal yang dikawal selia oleh Pemeriksa Besar. Beliau boleh untuk melantik Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf untuk memeriksa kapal bagi pihak beliau.

 

 

Badan Kelasifikasi Kapal Yang Diiktiraf

 

Berikut adalah Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf untuk bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk tujuan pemeriksaan dan persijilan :

1.    American Bureau of Shipping (ABS)

2.    Bureau Veritas (BV)

3.    Det Norske Veritas (DNV)

4.    Germanischer Lloyd (GL)

5.    Lloyd's Register of Shipping (LRS)

6.    Nippon Kaiji Kyokai (NKK)

7.    Korean Register of Shipping (KR)

8.    China Classification Society (CCS)

9.    Indian Register of Shipping (IRS)

10. Russian Maritime Register of Shipping (RS)

11. Registro Italiano Navale (RINA)

12. Ship Classification Malaysia (SCM)