| KEPERLUAN TANDA UKIRAN DAN NAMA KAPAL |
1.
Nama Kapal perlu diukir secara kekal dan
jelas kelihatan pada haluan kapal. Tandaan adalah secara potongan kepingan plet
besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul.
2.
Nama kapal, Pelabuhan Daftar dan No. IMO
ditanda secara kekal dan jelas pada buritan kapal. Tandaan adalah secara
potongan kepingan plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf
timbul.
3.
Nombor Rasmi, Tanan Bersih dan No. IMO
ditanda secara kekal dan jelas.
(i)
Pada permukaan rasuk utama / pada laluan
masuk ke bilik pam / bahagian belakang dinding sekat bilik enjin;
(ii)
Tandaan adalah secara potongan kepingan
plet besi untuk huruf atau secara tebukan tengah atau huruf timbul;
(iii)
Tiadaan tandaan selain daripada yang
dinyatakan seperti berikut :
O.N
: XXXXXX
NET : XX
IMO
: XXXXXXX
4.
Semua tandaan Nama Kapal dan Pelabuhan
Daftar perlu dicetak dengan nama kapal yang telah diluluskan dan Pelabuhan
Daftar pada peralatan keselamatan seperti rakit, jaket, boya dan bot keselamatan,
pelan keselamatan, dll.
5.
Ruang kargo perlu ditandakan secara kekal
pada permukaan luaran belibir mengujur petak kargo, penutup belibir tangki
kargo, laluan masuk ke ruang kargo yang lain dan kawasan lain yang mudah
kelihatan.
6.
Untuk kapal tangki yang dimaksudkan sebagai
ruangan kargo di dalam definisi International
Convention of Tonnage 1969, setiap tanda ukiran dalam huruf CC, ditandakan
secara potongan kepingan plet besi untuk huruf / dipateri / secara tebukan
tengah dan dicat dengan warna putih / kuning dengan latarbelakang gelap / warna
hitam dengan latarbelakang putih.
7.
Ruang selain dari ruangan kargo tidak perlu
ditandakan.
8.
Nombor IMO perlu diukir secara kekal dan
jelas kelihatan untuk semua kapal kargo 300 tanan kasar dan ke atas yang
digerakkan dengan dorongan sendiri dan kapal penumpang 100 tanan kasar yang
beroperasi di laluan antarabangsa.
(i)
Ditempat yang mudah kelihatan pada buritan
kapal / sisi badan kapal, peminggang sebelah kanan dan kiri kapal, di atas
garisan lambung bebas / sisi superstruktur, sebelah kanan dan kiri / hadapan
superstruktur / dalam perihal kapal penumpang, permukaan mendatar yang mudah
dilihat dari udara;
(ii)
Di kawasan yang mudah dilalui pada salah
satu dinding akhir sekat sorong dalam ruangan jentera / salah satu ruangan
petak / dalam perihal kapal tangki, dalam bilik pam / dalam perihal kapal
dengan ruangan ro-ro, pada salah satu dinding akhir sekat sorong di ruangan
ro-ro;
(iii)
No. IMO perlu ditanda dan bermula dengan
singkatan IMO.
9.
Semua tanda ukiran perlu menggunakan huruf
besar Roman / abjad Arabic dengan saiz ketinggian tidak kurang dari 200mm.
10. Jumlah
bilik anak kapal yang disahkan untuk tujuan penginapan. Setiap bilik (minimum) perlu
dilengkapi dengan katil, almari pakaian, penyangkut baju, meja dan kerusi untuk
menulis. Rujukan boleh dibuat kepada Pelan Susunatur Kapal / Pelan Kebakaran
yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut / Badan Kelasifikasi Kapal.
11. Jenis
enjin, jumlah enjin / jentera dorongan serta nombor siri yang akan disahkan oleh
Pemeriksa Kapal sepertimana yang diistiharkan oleh pemilik kapal di dalam Borang
Pemeriksaan 218.