PROSEDUR PENDAFTARAN KAPAL ANTARABANGSA  Menu


Permohonan Nama Kapal

 

1.    Permohonan Nama Kapal perlu dikemukakan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal menggunakan Borang Permohonan Nama Kapal.

 

2.    Nama yang dicadangkan untuk kapal Malaysia perlu diluluskan oleh Pendaftar Besar Kapal-Kapal. Pemilik kapal perlu kemukakan permohonan nama kapal sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal sebelum kapal tersebut boleh didaftarkan.

 

3.    Tiga (3) nama boleh dikemukakan untuk kelulusan. Nama kapal yang diluluskan adalah sah untuk tempoh enam (6) bulan.

 

4.    Bagi tujuan garis panduan, nama kapal yang berikut tidak boleh digunakan :-

 

(i)           Nama nama Kesultanan, Pembesar Negeri, Ahli Politik dan Kurniaan Kebesaran seperti “Muzaffar Shah”, “Tengku Muzaffar”, “Tan Sri”, “Datuk Razali” dan sebagainya;

 

(ii)          Nama nama bersifar perkauman atau dengan tujuan untuk menghina atau lucah;

 

(iii)         Nama yang mempunyai tujuan untuk menipu atau mengelirukan;

 

(iv)         Nama yang sepenuhnya dari huruf singkatan, seperti “Y.T.M”, “K.K 17”, “S 12” dan sebagainya;

 

(v)          Nombor mendahului nama seperti “113 Trading”, “IV Setia”, “No. 3 Bersatu” dan sebagainya;

 

(vi)         Nama sepenuhnya dari nombor seperti “123”, “IV” dan sebagainya;

 

5.    Walau bagaiamanapun, huruf singkatan yang diluluskan sebagai Prefix dan diikuti dengan nama atau nombor dibenarkan. Sebagai contohnya “YTM Lady”, “YTM 01” dan sebagainya. 

 

6.    Tertakluk kepada kelulusan, Pendaftar Kapal akan mengeluarkan Sijil Kebenaran Guna Nama Kapal dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

 

7.    Borang yang diperlukan dalam fasa ini :

 

(i)

Senarai Semak Permohonan Nama Kapal

Registry 200

(ii)

Permohonan Nama Kapal

MISR/BKI/01/05

(iii)

Permohonan Tempahan Prefix/Suffix Bagi Nama Kapal

MISR/BKI/02/05

(iv)

Lantikan / Pembatalan  Pegawai Yang Dibenar

MISR/BKI/03/05

 

 

 

Pendaftaran KAPAL sementara

 

1.      Secara umumnya, kapal didaftarkan secara sementara oleh Pendaftar Kapal untuk tempoh minimum enam (6) bulan tetapi tidak melebihi tempoh maksimum duabelas (12) bulan.

 

2.      Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan untuk tujuan pendaftaran kapal sementara :-

 

                  (i)            Pengistiharan statutori pemilikan kapal :-

 

a.    Bagi pemilik individu atau pemilik-pemilik individu, salinan kad pengenalan dikemukakan;

 

b.    Bagi Badan Korporat :

 

1.    Asal dan salinan yang diakui sah Artikel dan Memorandum Persyarikatan;

 

2.    Asal dan salinan yang diakui sah Sijil Pendaftaran Syarikat;

 

3.    Asal dan salinan yang diakui sah Sijil Perbadanan;

 

4.    Deklarasi Hak Milik;

 

5.    Surat Kuasa yang melantik pegawai untuk membuat pengistiharan bagi pihak pemilik kapal

 

(ii)  Salinan asal Sijil Pemeriksaan Kapal Sementara;

 

(iii) Salinan asal Sijil Jual Beli yang sah;

 

(iv) Maklumat Kapal :-

 

a.    Nama dan butiran kapal;

b.    Salinan asal Sijil Pembinaan Kapal. Jika maklumat tidak diketahui, pengistiharan oleh pemohon yang menyatakan maklumat tersebut tidak diketahui;

c.    Maklumat nama nakhoda dan kerakyatan

 

3.      Setelah menerima kesemua dokumen di atas, Pendaftar Kapal akan memperuntukkan Nombor Rasmi dan Isyarat Panggilan Antarabangsa untuk kapal tersebut. Proses pendaftaran akan mengambil masa dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan.

 

4.      Borang yang diperlukan dalam fasa ini :

 

(i)

Senarai Semak Sijil Pendaftaran Kapal Sementara / Tetap

Registry 210

(ii)

Permohonan Untuk Mendaftar Kapal

MISR/BKI/05/05

(iii)

Permohonan Isyarat Panggilan Antarabangsa

MISR/BKI/07/05

(iv)

Deklarasi Hak Milik dan Kerakyatan

MISR/BKI/06/05

(v)

Lantikan / Pembatalan / Pertukaran Pengurus Kapal

MISR/BKI/04/05

 

 

Pendaftaran Kekal

 

1.    Tertakluk kepada dokumen perlu dikemukakan di dalam proses Pendaftaran Kapal Sementara, berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan untuk tujuan pendaftaran kapal kekal :-

 

                 (i)            Salinan asal Sijil Pemeriksaan Tetap yang dikeluarkan oleh Pemeriksa Kapal Malaysia;

 

               (ii)            Salinan asal Sijil Pembatalan Kapal dari Pelabuhan Pendaftaran yang terdahulu;

 

             (iii)            Salinan sah Borang Tanda Ukiran dan Nama Kapal.

 

2.      Pendaftaran kekal akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan.

 

 


Sijil Pemeriksaan

 

1.    Sijil Pemeriksaan adalah sijil yang dikeluarkan untuk Pemeriksa Kapal yang mengandungi perakuan keterangan kapal yang akan didaftarkan. Sijil ini juga bertindak sebagai sijil selamat belayar untuk kapal dari Pemeriksa Kapal kepada Pendaftar Kapal.

 

2.    Sijil Pemeriksaan dikeluarkan mengikut :

 

(i)           Pendaftaran kali pertama untuk tujuan Pendaftaran Sementara dan Pendaftaran Tetap;

 

(ii)          Setelah pengubahsuaian dilakukan kepada kapal ini yang mengubah bentuk, tanan atau sebarang maklumat kapal yang terdapat di dalam Sijil Pendaftaran Kapal.

 

3.      Permohonan Sijil Pemeriksaan Sementara boleh dibuat kepada Pemeriksa Kapal Jabatan Laut dengan mengemukakan dokumen berikut :-

 

(i)           Surat Permohonan;

 

(ii)          Salinan Sijil Kebenaran Guna Nama Kapal;

 

(iii)         Borang Pemeriksaan 218 – Pengistiharan Maklumat Jentera / Enjin;

 

(iv)         Satu (1) salinan Pelan Kapal :-

 

a.    Pelan Susunatur Am Kapal;

b.    Pelan Tengah Kapal / Kapasiti Tangki (jika kapal tangki).

 

(v)          Jika kapal pernah berdaftar sebelum ini :-

 

a.    Salinan sijil pendaftaran kapal terdahulu;

b.    Salinan sijil International Tonnage Certificate 1969

c.    Salinan sijil International Oil Pollution Prevention Certificate (IOPP)(jika kapal tangki).

 

(vi)         Jika kapal sedang dalam pembinaan :-

 

a.    Sijil Pembina Kapal;

b.    Salinan sijil sementara International Tonnage Certificate 1969 / Tonnage Attestation;

 

4.      Manakala, untuk permohonan Sijil Pemeriksaan Tetap, pemilik kapal perlu mengemukakan dokumen berikut :-

 

                 (i)                        Surat permohonan;

 

               (ii)                        Salinan International Tonnage Certificate 1969 Kekal yang dikeluarkan oleh Badan Kelasifikasi Kapal;

 

             (iii)                        Salinan Sijil Pembina Kapal (jika kapal baru);

 

5.      Setelah semua dokumen diterima oleh Pemeriksa Kapal, beliau akan menyemak semua dokumen dan menjalankan pemeriksaan Tanda Ukiran & Nama Kapal untuk memastikan semua maklumat adalah benar, kapal dalam keadaan selamat belayar dan semua keperluan Tanda Ukiran & Nama Kapal telah dipatuhi.

 

6.      Sijil-sijil akan diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja tertakluk kepada dokumen lengkap dikemukakan dan memenuhi keperluan pemeriksaan.

 

7.      Borang / Senarai semak yang diperlukan dalam fasa ini :

 

(i)

Senarai Semak Sijil Pemeriksaan Sementara / Tetap

Registry 215

(ii)

Deklarasi Sistem Dorongan Utama / Jentera Utama Kapal

Survey 218