| MAKLUMAT UMUM |
Peraturan
Peraturan yang
termaktub untuk pendaftaran kapal antarabangsa di Malaysia adalah Bahagian IIC,
Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Pelabuhan Pendaftaran ANTARABANGSA
Pelabuhan Pendaftaran Antarabangsa di Malaysia adalah Labuan
Kelayakan Pemilik Kapal
Kapal dimiliki oleh warganegara asing atau sekiranya
badan korporat perlu memenuhi syarat berikut :
KELAYAKAN PENGURUS KAPAL
Pemilik kapal, sebelum memohon untuk
mendaftarkan kapal perlu melantik pengurus kapal yang mana :
1.
Warganegara Malaysia yang mempunyai alamat tetap
di Malaysia; atau
2.
Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan
mempunyai pejabat utama perniagaan di Malaysia.
Keperluan Pemeriksaan dan Umur
Kapal
Tiada
kapal boleh didaftarkan di bawah Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia
melainkan seperti berikut :
1.
Kapal dipasang dengan sistem dorongan
mekanikal
2.
Tidak kurang daripada 1,600 tanan kasar
3.
Umur kapal :-
a.
Tidak melebihi 15 tahun untuk kapal tangki
dan kapal kargo
b.
Tidak melebihi 20 tahun selain daripada
kapal-kapal yang disebutkan di perenggan (a).
Pemeriksaan kapal akan dikendalikan oleh Pemeriksa
Kapal yang dikawal selia oleh Pemeriksa Besar. Beliau boleh untuk melantik
Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf untuk memeriksa kapal bagi pihak
beliau.
Badan Kelasifikasi Kapal Yang
Diiktiraf
Berikut adalah Badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf untuk
bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk tujuan pemeriksaan dan persijilan
:
1. American Bureau of Shipping (ABS)
2. Bureau Veritas (BV)
3. Det Norske Veritas (DNV)
4. Germanischer Lloyd (GL)
5. Lloyd's Register of Shipping (LRS)
6. Nippon Kaiji Kyokai (NKK)
7. Korean Register of Shipping (KR)
8. China Classification Society (CCS)
9. Indian Register of Shipping (IRS)
10. Russian Maritime Register of Shipping (RS)
11. Registro Italiano Navale (RINA)
12. Ship Classification Malaysia (SCM)