PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN : PENYEMAKAN DOKUMEN (PERMOHONAN BARU): Menu

1.      Isikan nama pemohon.

2.      Tandakan ruang “Declaration” yang berkenaan.

3.      Pada ruangan “Type of Audits/Review Required:” tandakan “Document Review”.

4.      Pada ruangan “Type of Certification Required”, tandakan “Interim DOC”.

5.      Cadangkan tarikh yang sesuai untuk penyemakan dokumen berkenaan di ruangan “Proposal date for review/audit : “.

6.      Turunkan tanda tangan dan isikan maklumat-maklumat berkenaan.

7.      Pada bahagian soal selidik 1 hingga 4 (questionnaire), sila isikan maklumat-maklumat yang berkenaan setakat tarikh borang diisi. Sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi, helaian tambahan hendaklah dilampirkan.

8.      Untuk soal selidik 5, pihak syarikat hendaklah mengisi ruangan yang disediakan. Pihak syarikat juga boleh melampirkan helaian berasingan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat yang dikehendaki pada soal selidik tersebut.

9.      RO issuing SMC” bermaksud mana-mana badan yang diiktiraf yang mengeluarkan Sijil Pengurusan Keselamtan (SMC) untuk kapal yang berkenaan.

10.  Untuk soal selidik 6 – Lampiran (attachements), untuk permohonan baru ( New Application), lampirkan kesemua lampiran-lampiran yang di minta. Sila rujuk dibawah:

a.    Perkara  a)  merujuk kepada Polisi syarikat berkenaan Keselamatan dan Perlindungan Alam Sekitar.

b.    Perkara b) merujuk kepada carta organisasi syarikat yang menunjukan dengan jelas hubungan diatara kakitangan-kakitangan dipejabat dan kapal serta hubungan secara langsung DPA dengan pihak pengurusan tertinggi.

c.    Perkara c) merujuk kepada skop kerja serta tanggung jawab setiap kakitangan dipejabat bermula dari pengurusan atasan dan dikapal bermula dari Master.

d.    Perkara d) merujuk kepada nombor hubungan 24jam, kakitangan dipejabat yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kapal serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

e.    Perkara e) merujuk kepada program perlaksanaan system pengurusan keselamatan milik syarikat dipejabat dan dikapal.

f.     Perkara c) merujuk kepada mana-mana DOC penuh yang telah dimiliki oleh syarikat berkenaan.

11.  Borang permohoan yang telah lengkap bolehlah di hantar sama ada melalui faks (+603-3168 4454) atau e-melkan kepada ism@marine.gov.my ataupun, secara hantaran tangan, untuk perhatian Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Keselamatan ISM).

12.   Dalam keadaan tertentu, pihak kami mungkin akan meminta maklumat tambahan yang dirasakan perlu.

PENYEMAKAN DOKUMEN (TAMBAHAN).

Sekiranya pihak syarikat telah melaksanakan perubahan besar kepada Sistem Pengurusan Keselamatan (Safety Management System), Penyemakan Dokumen Tambahan hendaklah dijalankan.

1.      Isikan nama pemohon.

2.      Tandakan ruang “Declaration” yang berkenaan.

3.      Pada ruangan “Type of Audits/Review Required:” tandakan “Document Review”.

4.      Pada ruangan “Type of Certification Required”, tandakan “Interim DOC” atau “Document of Compliance”.

5.      Cadangkan tarikh yang sesuai untuk penyemakan dokumen berkenaan di ruangan “Proposal date for review/audit : “.

6.      Turunkan tanda tangan dan isikan maklumat-maklumat berkenaan.

7.      Pada bahagian soal selidik 1 hingga 4 (questionnaire), sila isikan maklumat-maklumat yang berkenaan setakat tarikh borang diisi. Sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi, helaian tambahan hendaklah dilampirkan.

8.      Untuk soal selidik 5, pihak syarikat hendaklah mengisi ruangan yang disediakan. Pihak syarikat juga boleh melampirkan helaian berasingan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat yang dikehendaki pada soal selidik tersebut.

9.      RO issuing SMC” bermaksud mana-mana badan yang diiktiraf yang mengeluarkan Sijil Pengurusan Keselamtan (SMC) untuk kapal yang berkenaan.

10.  Untuk soal selidik 6 – Lampiran (attachements), tiada lampiran diperlukan.