GARIS PANDUAN LANJUTAN SIJIL PENGURUSAN KESELAMATAN  Menu


Jabatan Laut Malaysia telah memberi kebenaran menyeluruh kepada Organisasi Yang Diiktiraf yang tertentu untuk mengeluarkan Sijil Pengurusan Keselamatan untuk kapal-kapal berbendera Malaysia. Rujuk senarai Badan Klasifikasi Yang Diiktiraf.

Sijil ini juga terbahagi kepada:

 

1)      Sijil Pengurusan Keselamatan (Interim Safety Mangement Certificate, Interim SMC)

2)      Sijil Pengurusan Keselamatan(Safety Mangement Certificate, SMC) .

Sah laku sijil-sijil ini bergantung kepada sah laku Sijil Kepatuhan, sama ada Sijil Kepatuhan Interim atau Sijil Kepatuhan. Walau bagai manapun, sah laku Sijil Kepatuhan tidak berkait dengan sah laku sijil Pengurusan Keselamatan.

Untuk lanjutan Sijil Pengurusan Keselamatan Interim (Interim Safety Management Certificate, Interim SMC), sila rujuk Notis Perkapalan Malaysia, di bawah tajuk SOLAS, Chapter 1, MSN 02/2008. Borang yang lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada Unit Pengurusan Keselamatan Kapal melalui faks , 03- 3168 4454 atau melalui e-mel ism@marine.gov.my.