| PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN : TAMBAHAN JENIS KAPAL PADA DOKUMEN KEPATUHAN |
Untuk
menambah jenis kapal, penyemakan dokumen akan dijalankan
sebelum Dokumen Kepatuhan Interim dikeluarkan.
1.
Isikan nama
pemohon.
2.
Tandakan ruang “Declaration” yang berkenaan.
3.
Pada ruangan “Type of Audits/Review Required:” tandakan
“Additional Ship Type to the DOC”.
4.
Pada ruangan “Type of Certification Required”, tandakan
“Interim DOC”.
5.
Cadangkan tarikh yang sesuai untuk
penyemakan dokumen berkenaan di ruangan “Proposal
date for review/audit : “.
6.
Turunkan tanda tangan dan isikan maklumat-maklumat
berkenaan.
7.
Pada bahagian soal selidik 1 hingga
4 (questionnaire), sila isikan maklumat-maklumat
yang berkenaan setakat tarikh borang diisi. Sekiranya ruangan yang disediakan
tidak mencukupi, helaian tambahan hendaklah dilampirkan.
8.
Untuk soal selidik 5, pihak syarikat
hendaklah mengisi ruangan yang disediakan. Pihak syarikat juga boleh melampirkan
helaian berasingan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat yang dikehendaki
pada soal selidik tersebut.
9.
“RO issuing SMC” bermaksud mana-mana badan yang diiktiraf yang mengeluarkan
Sijil Pengurusan Keselamtan (SMC)
untuk kapal yang berkenaan.
10.
Untuk
soal selidik 6, Untuk menambah jenis kapal, sila rujuk dibawah:
a.
Perkara a) merujuk kepada senarai
kapal-kapal berkenaan serta jenis-jenisnya.
b.
Perkata b) merujuk kepada surat pengesahan dari pada pemilik kapal sekiranya berkaitan.
c.
Perkara d) merujuk kepada program
perlaksanaan system pengurusan keselamatan milik syarikat dipejabat dan dikapal.
11.
Borang
permohoan yang telah lengkap bolehlah di hantar sama
ada melalui faks (+603-3168 4454) atau e-melkan kepada ism@marine.gov.my ataupun, secara hantaran
tangan, untuk perhatian Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Keselamatan
ISM).
12.
Dalam
keadaan tertentu, pihak kami mungkin akan meminta
maklumat tambahan yang dirasakan perlu.