| PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN |
Auditan Permulaan
/ Pembaharuan.
(nota:
Auditan Permulaan dan Pembaharuan mengambil masa dua hari)
1.
Isikan nama pemohon.
2.
Tandakan ruang “Declaration” yang berkenaan.
3.
Pada ruangan “Type of Audits/Review Required:” tandakan “Initial” atau “Renewal Audit”,mana
yang berkenaan.
4.
Pada ruangan “Type of Certification Required”, tandakan “Documet of Compliance”.
5.
Cadangkan tarikh yang sesuai untuk
Auditan Permulaan / Pembaharuan berkenaan di ruangan “Proposal date for review/audit : “.
6.
Turunkan tanda tangan dan isikan maklumat-maklumat
berkenaan.
7.
Pada bahagian soal selidik 1 hingga
4 (questionnaire), sila isikan maklumat-maklumat
yang berkenaan setakat tarikh borang diisi. Sekiranya ruangan yang disediakan
tidak mencukupi, helaian tambahan hendaklah dilampirkan.
8.
Untuk soal selidik 5, pihak syarikat
hendaklah mengisi ruangan yang disediakan. Pihak syarikat juga boleh melampirkan
helaian berasingan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat yang dikehendaki
pada soal selidik tersebut.
1.
“RO issuing SMC” bermaksud mana-mana badan yang diiktiraf yang mengeluarkan
Sijil Pengurusan Keselamtan (SMC)
untuk kapal yang berkenaan.
2.
Untuk soal selidik 6, anda tidak perlu
mengisi apa-apa.
3.
Borang permohoan yang telah lengkap
bolehlah di hantar sama ada melalui faks (+603-3168 4454) atau e-melkan kepada
ism@marine.gov.my ataupun, secara hantaran
tangan, untuk perhatian Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Keselamatan
ISM).
4.
Dalam keadaan tertentu, pihak kami
mungkin akan meminta maklumat tambahan yang dirasakan perlu.